Thursday, 21 April 2011

16SEPT PEMBOHONGAN ANWAR KATA RPK

Pengendali blog Malaysia TodayRaja Petra Kamaruddin berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah hilang kredibiliti dan terbukti gagal menunjukkan kepimpinan yang efektif sejak janjinya pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008 tidak menjadi kenyataan.

Mengakui turut menjadi mangsa janji Anwar itu, Raja Petra berkata Ketua Pembangkang itu pernah memberi harapan palsu kepadanya semasa beliau dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting, Perak, lapor Bernama.
“Anwar datang ke mahkamah kerana ada dua kes yang berjalan serentak dan beritahu saya jangan susah (hati), tidak lama lagi awak akan keluar sebab kita akan bentuk kerajaan pada 16 September,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3 Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini.

Berikut ialah transkrip siaran berkenaan Janji bentuk kerajaan 16 September 2008, tapi sehingga kini kabinet bayangan pun belum menjadi kenyataan.


Kerana ideologi yang berlainan, menurut Raja Petra, pakatan pembangkang tidak mungkin bersepakat.
Ini semakin melunturkan harapan pengundi yang memberikan kepercayaan kepada pembangkang pada pilihanraya umum lalu.

Raja Petra: “Dan oleh kerana isu 16 September di mana orang ramai percaya kepada janji Anwar yang lebih kurang menjamin 16 September termasuk saya, ketika itu saya di bawah tahanan ISA di Kamunting, Anwar ada berjumpa saya di mahkamah, Anwar datang ke mahkamah kerana ada dua kes yang berjalan serentak dan beliau bagi tahu jangan susah tak lama lagi awak akan keluar sebab kita akan bentuk kerajaan 16 September”
Hakikatnya kata beliau, parti pembangkang tidak sehaluan.

Raja Petra: “Misalan sekarang pun sudah timbul soalan shadow kabinet, Anwar kata tak perlu shadow kabinet..tapi istilah shadow kabinet ialah seorang ahli pembangkang menjadi shadow kepada seorang ahli kabinet, tak semestinya shadow kabinet ialah kabinet yang bersedia untuk memerintah. Tapi sekiranya shadow kabinet pun kita tak mampu tubuh, macam mana nak perintah? Siapa ahli kabinet. Pengundi-pengundi ingin tahu.”


Raja Petra: “Jadi sekiranya sebagai pembangkang pun belum boleh buktikan kebolehan kita, bagaimana pengundi nak yakin bahawasanya pembangkang boleh menjadi kerajaan, sebab menjadi pembangkang lebih senang, kerana apabila kita jadi pembangkang, kita membangkang saja, kita tak perlu laksanakan. Tetapi apabila kita menjadi kerajaan, kit perlu laksanakan apa yang kita kritik semasa kita menjadi pembangkang. That is not so easy…kritik senang. Melaksanakan apa yang kita cakap, itu lagi susah. Tetapi kalau sebagai pembangkang pun gagal, sudah tentu rakyat kurang yakin sebagai satu kerajaan.”

Menurut Raja Petra, kes liwat yang dihadapi Datuk Seri Anwar juga banyak menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat.

Raja Petra: “Sekarang ini kebanyakan orang mereka keliru sebab timbul isu ini postpone, pergi mahkamah ini, postpone. Orang tak mampu follow. Kita kena faham, bukan semua orang lawyer. Kadang-kadang lawyer sendiri pun keliru, lagikan pulak orang macam kita yang bukan lawyer. So lama-lama orang dah tak boleh ikut kes ini, too confusing, tak tahu what is going on … baik selesai saja kes ini once and for all.”

ps ; ohoooiii nuar,,, bila lu mau tobat,,

Sunday, 17 April 2011

PERJUANGAN PAS MENYOKONG KOMUNIS DALAM MEMECAHBELAH ORANG MELAYU?

mahukah kita sejarah seperti ini berulang kembali??
 Puak-puak rasis tegar DAP di Pulau Pinang telah menunjukkan warna sebenar mereka dengan terang-terangan membela komunis di dalam program yang dianjurkan mereka atas nama ‘Anti ISA’.

Program tersebut menyaksikan risalah-risalah mengecam tindakan kerajaan dalam menentang ancaman komunis melalui penempatan kampung-kampung baru telah ditampal dan diedarkan untuk bacaan orang ramai.

Ini adalah jelas satu bentuk hasutan yang mampu mengancam keselamatan. Entah kenapa mereka ini, seperti juga Namewee langsung tidak tersentuh dek undang-undang negara.

 komunis yang pernah membunuh pejuang tanahair
 Yang lebih mengejutkan ialah kehadiran Mat Sabu sebagai salah seorang panelis forum program tersebut bersama dengan Hishamuddin Rais dan pemimpin DAP.

Kehadiran Mat Sabu memberi gambaran bahawa PAS juga turut sama menyokong komunis.

Ucapan Mat Sabu dalam program tersebut hanya berkisar mengenai penangkapan tanpa bicara mengikut undang-undang ISA. Ini menunjukkan tahap pengetahuan dan daya pemikiran pemimpin PAS ini terlalu amat rendah sehingga mudah diperdaya, dipijak dan diperhambakan.

 Jelas pemimpin PAS ini tidak mampu memahami isu ISA dengan lebih luas dan mendalam.

ISA adalah berkenaan keselamatan negara dan untuk memahami relevannya ISA, kita harus melihat dari sejarah bagaimana akta ini bermula dan bagaimana sejarah mungkin berulang semula di masa hadapan.
Ia bukan satu perkara kecil dan sempit sepertimana yang disangka oleh Mat Sabu dan mungkin juga pemimpin-pemimpin PAS yang lain.

Tanpa ISA, Malaysia tidak mungkin menjadi seperti hari ini.

Malaysia tidak mungkin aman damai setelah terpaksa menghadapi ancaman komunis, rasis DAP dalam 13 Mei malah gerakan reformasi 1998. Tidak keterlaluan juga jika dikatakan bahawa tanpa ISA ancaman pengganas serta pengeboman bukan hanya berlaku di Bali, tetapi juga di sini.

kekejaman komunis
Tidak menghairankan jika majoriti pemimpin-pemimpin yang ada di dalam PAS langsung tidak tahu secara terperinci sejarah mengenai kampung baru, komunis serta hubungkait mereka dengan DAP.

Ini kerana kebanyakan pemimpin PAS, seperti juga Mat Sabu tidaklah berpelajaran tinggi.
Yang berpelajaran tinggi pula kebanyakannya berlatarbelakangkan kampung dan dididik dengan mentaliti kampung lagi ulu.

Mereka ini, walaupun mendapat kelulusan tinggi di dalam akademik, tetap tidak mampu memahami dan menyesuaikan diri dari segi sosial, emosi dan persekitaran kerana tidak pernah diajar untuk berfikir secara kritis, tidak terdedah kepada realiti dunia dan persaingan serta tidak pernah dididik melalui psikologi.
Oleh yang demikian, mereka sering gagal melihat di sebalik kata-kata, di celah-celah tulisan dan gaya bahasa badan orang sekeliling mereka sekali gus menyebabkan mereka gagal mengenalpasti apa atau siapa yang benar dan yang salah.

Dalam ertikata lain mereka mudah diperalatkan dan mudah juga memperbodohkan diri sendiri.
Ini adalah penjelasan secara psikologi bagaimana minda para pemimpin PAS berfungsi sehingga menyebabkan mereka sanggup menyokong komunis dan bersekongkol dengan rasis tegar yang membenci bangsa Melayu seperti DAP.

Namun, ada juga kebarangkalian bahawa penulis telah tersilap dalam menilai sebab musabab kenapa PAS sanggup menyokong atau bersekongkol dengan komunis dan DAP. Mungkin ianya tidak ada kena mengena dengan kelemahan pemikiran dan kekurangan pengetahuan mengenai komunis dan DAP.
Mungkin juga Mat Sabu dan pemimpin-pemimpin PAS lain bukannya tidak tahu siapa dan apa itu DAP dan komunis. Mungkin mereka cukup tahu dan cukup sedar tetapi mereka sememangnya ikhlas menyokong komunis dan DAP.

kekejaman komunis
Kita tidak boleh menolak kemungkinan Mat Sabu menyokong komunis dalam keadaan sedar. Kita tidak boleh mengenepikan kemungkinan PAS secara dasarnya sememangnya setuju dengan ideologi sosialis DAP dan sudah meninggalkan terus perjuangan ke arah menubuhkan negara Islam.

Jika ini benar, maka seharusnya PAS bersikap lebih matang dan menguwar-uwarkan ideologi yang baru diterima mereka ini.

PAS tidak seharusnya membiarkan pengikut mereka terus menerus bermimpikan Negara Islam. PAS harus berhenti memperdayakan pengikut mereka yang menyanjung mereka sebagai pejuang Negara Islam.
PAS wajib berkata benar bahawa mereka juga turut sama memperjuangkan Malaysian-Malaysia dan ingin menghapuskan hak dan keistimewaan Melayu di negara ini.

source :  malaysia-instinc

ps : Ohoooiii,,,,,,,,, Pas hanya pandai bercakap tapi tidak mampu merealisasikan apa yang diucapkkan,,, Adakah kerana dendam ataupun benci melihat kemajuan negara yang di dukung oleh kerajaanan Barisan Nasional , sehingga pemimpin pas sanggup membutakan mata memekak telinga demi mencapai agenda politik songsang beliau... Adakah kita generasi hari ini sanggup membiarkan sejarah lama berulang kembali? Ayuh sama-sama lah kita berganding bahu membela negara malaysia yang tercinta ini dari terus dijual oleh puak2 pakatan dajal pas,,,

Thursday, 14 April 2011

PAS DAN 1Malaysia

salam... Kelakar pun ada bila melihat niki jajih telah menerima kosep 1malaysia. Ramai pengikut2 atau lebih tepat dipanggil anjing pas memekik melolong melihat niki jajih memakai logo 1malaysia dibajunya.

Ps; ehem,..ehem.,wei anjing2 pas korang bila la agaknya nak bertabat ye...

Tuesday, 12 April 2011

VIDEO PANAS!! -PRN SARAWAK ELECTION - PAS & PKR bersama YB Tian Chia di HALAU dari KAMPUNG di MIRI

Sama-sama saksikan bagaimana Tian Chia bersama penipu2 pas dan pkr dihalau dari orang kampung semasa berceramah,,,,

Panas,,Panas.... Panas sampai ke tulang.....




ps : ehem,,ehemm,, tak tau malu puak2 karpir harbi neh,, udah2 laa menipu,,, jangan cuba nak memperbodohkan orang sarawak,,, kepada niki ajis dan pak2 kopiah 3 segi bertaubat laaa,,,,,

Monday, 11 April 2011

PAS SUDAH TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN ALASAN AGAMA UNTUK MENYERANG UMNO

Sejak sekian lamanya PAS menggunakan alasan ISLAM untuk menyerang UMNO dengan slogan mereka PAS Membangun Bersama Islam dan lain-lain.

Namun kini rakyat telah sedar bahawa apa jua serangan PAS telah dipalit kembali ke ekor PAS sendiri. Bak kata pepatah, "Kata Dulang Paku Serpih, Kata Orang Dia Lebih"

SEBELUM...
 
Tuan Guru Haji Hadi "Sebelum ayam berkokok, PAS akan melaksanakan Hukum hudud.....
 

SELEPAS..............

 Tuan Guru Haji Hadi " Hukum hudud hanya 0.0001% daripada hukum ISLAM

DULU........

"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963

KINI.................

 
"PAS sedia gugur slogan negara ISLAM, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak ISLAM tetapi kalau MENYUSAHKAN...TAK APA." - 25 JUN 1999 Berita Harian

Demikianlah antara kebobokan yang dibuat oleh PAS semata-mata kerana mahu berkuasa di Malaysia. PAS sanggup menidakkan sesuatu yang terang-terangan benar dan sebalik mengiakan sesuatu yang tidak hanya untuk berkuasa...

DULU............ 


"Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekaeja " - Nik Aziz Nik Mat 16 Mac 1999 Kota Baharu

KINI............


PAS telah meletakkan calon wanita di Tenang

Semua yang dihumban ke kerongkong UMNO telah menyebabkan tekak PAS sendiri semakin tersekat dan tersedak dengan kotoran yang menyakitkan.

Begitulah antara alasan agama yang digunakan oleh PAS untuk menyerang UMNO. Namun kini semuanya terbukti bahawa PAS hanya berjuang untuk menjaga periuk nasi mereka sendiri sahaja.
PAS telah kehabisan modal untuk menyerang UMNO dengan menggunakan alasan agama ISLAM. Rakyat juga telah sedar bahawa PAS dan UMNO adalah penganut ISLAM yang sama. Tidak ada bezanya antara ISLAM UMNO atau ISLAM PAS.

PAS menggunakan ISLAM semata-mata untuk mengelirukan rakyat demi meraih undi dan mendapat sokongan bukan ISLAM. Semua itu dilakukan semata-mata untuk menyelamatkan kuasa politik yang ada di tangan masing-masing.

BENARLAH MEREKA HANYA MAHU MENYELAMATKAN KUASA POLITIK MASING-MASING....




sumber : beraniberubah

ps/ : ehem,,,ehemmm,,,, ternyatalah pas sanggup berbohong apa saja demi kuasa politik dan wang bel;iau juga sanggup memperjudikan agama demi mencapai agenda syaitan laknatullah!!!!

Saturday, 9 April 2011

KISAH ALTANTUYA SATU PEMBOHONGAN SI ANWAR


kisah mengaitkan altantuya dengan najib/rosmah ni dah keluar sejak prk ijok 2006.
pada waktu itu aku masih dalam pkr. dalam kempen prk ijok, anwar kata ada bukti mengaitkan altantuya dengan najib.

Lebih bodoh bila raja petra bagitahu satu dunia...rosmah ada di lokasi pembunuhan altantuya.
maka meletuplah cerita altantuya sampai ke hari ini.

raja petra bagitahu dia ada gambar rosmah di lokasi pembunuhan altantuya. anwar bagi tahu dunia dia ada bukti kaitkan najib dengan altantuya.malah kecoh pada waktu itu ( prk ijok) ada gambar satelit rosmah di lokasi.

pergghhh,,..ternganga mulut orang pas dengor cerita ini.





source : GAP

p/s : ehemmm,,,eheeemmm mana letak akal dan pemikiran pemimpin2 pas,,, sehingga senang di jadikan kuda tunggangan,,,,

Wednesday, 6 April 2011

DAP,PKR & PAS Di Kuasai Orang Semenanjung Dan Bukan Di Pimpin Anak Jati Sarawak


Gomo yang berada di Sarawak sejak semalam mendapat laporan bahawa banyak program program PKR di batalkan akibat tidak mendapat sambutan dari rakyat Sarawak yang mana apabila sesuatu program di adakan tidak sampai dari 100 orang yang hadir.

Malah Anwar Ibrahim sendiri yang hadir dalam program sebelum ini di Sarawak terpaksa membatalkan program yang seterusnya akibat kecewa dengan sokongan rakyat Sarawak terhadap parti PKR.

Ada desas desus mengenai penolakkan dari rakyat Sarawak kepada PKR berikutan Faktor PKR yang datang dari luar Sarawak cuba menguasai negeri Sarawak secara Total. Ini berpunca dari kelantangan PKR yang telah menidakkan parti SNAP dari bertanding dengan hanya memperuntukkan hanya sejumlah kerusi buat mereka walhalkan PKR yang bukan di asaskan di Sarawak bertanding di 52 Kerusi Dun.

Apa yang Gomo lihat disini penaklukan PKR dan DAP ke atas negeri Sarawak yang mana PKR dan DAP merupakan parti dari semenanjung yang sebenarnya cuba merampas Sarawak dari rakyat Sarawak yang sudah berabad lamanya di Negeri kenyalang ini.

DAP berasal dari Sememanjung yang mana parti itu juga di ketuai oleh orang dari Semenanjung yang bukan nya anak jati Sarawak mahupun parti tersebut berjuang dalam membangunkan Sarawak sebelum ini. DAP di lihat hanya di kuasai oleh orang orang Cina Bandar yang ingin memperluaskan kuasa mereka dalam menjadi Pak Pandir kepada Pemimpin DAP Lim Kit Siang orang Semenanjung.

PAS yang semua sudah tahu memang sejak azalinya berasal dari Semenanjung dan sememangnya pemimpin mereka Kesemuanya adalah dari Semenanjung. Tidak ada seorang pun dari anak Jati Sarawak dalam kepimpinan PAS Pusat dan ini jelas menunjukkan kemasukkan mereka dalam Negeri Sarawak tidak lebih hanya ingin Kuasa semata mata.

Begitu juga PKR yang baru setahun jagung dalam Sarawak yang mana Bukan di tubuhkan dalam memperjuangkan rakyat Sarawak melainkan hanya ingin kuasa bagi memudahkan Orang Semenanjung iaitu Ketua PKR Anwar Ibrahim menjadi lebih berkuasa.

PKR tidak pernah membangunkan apa apa dalam negeri Sarawak dan dengan penglibatan mereka dalam menendang SNAP parti yang lahir di Sarawak bukti jelas bahawa jika mereka menang sekalipun anak anak Sarawak akan di Pinggirkan dan Sarawak akan di kuasai Anwar Ibrahim pemimpin dari semenanjung dan bukan di kuasai anak jati Sarawak.

Ini yang seharusnya di lihat oleh Rakyat Sarawak bahawa Barisan Nasional yang mengabungkan 4 parti utama dalam negeri Sarawak ini sungguh tepat dan relevan sama sekali. PBB,SNAP,PRS dan SPDP merupakan parti yang Lahir di negeri Sarawak dan di pimpin oleh Anak Jati Sarawak dan tidak ada kena mengena dengan orang dari Semenanjung.

Namun dalam pakatan Rakyat Sarawak? Hanya SNAP yang di asaskan dan di pimpin oleh Anak Sarawak manakala DAP , PAS dan PKR merupakan orang Luar yang cuba merampas negeri Sarawak.

 Source : Papa Gomo