Wednesday, 6 April 2011
DAP,PKR & PAS Di Kuasai Orang Semenanjung Dan Bukan Di Pimpin Anak Jati Sarawak
Gomo yang berada di Sarawak sejak semalam mendapat laporan bahawa banyak program program PKR di batalkan akibat tidak mendapat sambutan dari rakyat Sarawak yang mana apabila sesuatu program di adakan tidak sampai dari 100 orang yang hadir.
Malah Anwar Ibrahim sendiri yang hadir dalam program sebelum ini di Sarawak terpaksa membatalkan program yang seterusnya akibat kecewa dengan sokongan rakyat Sarawak terhadap parti PKR.
Ada desas desus mengenai penolakkan dari rakyat Sarawak kepada PKR berikutan Faktor PKR yang datang dari luar Sarawak cuba menguasai negeri Sarawak secara Total. Ini berpunca dari kelantangan PKR yang telah menidakkan parti SNAP dari bertanding dengan hanya memperuntukkan hanya sejumlah kerusi buat mereka walhalkan PKR yang bukan di asaskan di Sarawak bertanding di 52 Kerusi Dun.
Apa yang Gomo lihat disini penaklukan PKR dan DAP ke atas negeri Sarawak yang mana PKR dan DAP merupakan parti dari semenanjung yang sebenarnya cuba merampas Sarawak dari rakyat Sarawak yang sudah berabad lamanya di Negeri kenyalang ini.
DAP berasal dari Sememanjung yang mana parti itu juga di ketuai oleh orang dari Semenanjung yang bukan nya anak jati Sarawak mahupun parti tersebut berjuang dalam membangunkan Sarawak sebelum ini. DAP di lihat hanya di kuasai oleh orang orang Cina Bandar yang ingin memperluaskan kuasa mereka dalam menjadi Pak Pandir kepada Pemimpin DAP Lim Kit Siang orang Semenanjung.
PAS yang semua sudah tahu memang sejak azalinya berasal dari Semenanjung dan sememangnya pemimpin mereka Kesemuanya adalah dari Semenanjung. Tidak ada seorang pun dari anak Jati Sarawak dalam kepimpinan PAS Pusat dan ini jelas menunjukkan kemasukkan mereka dalam Negeri Sarawak tidak lebih hanya ingin Kuasa semata mata.
Begitu juga PKR yang baru setahun jagung dalam Sarawak yang mana Bukan di tubuhkan dalam memperjuangkan rakyat Sarawak melainkan hanya ingin kuasa bagi memudahkan Orang Semenanjung iaitu Ketua PKR Anwar Ibrahim menjadi lebih berkuasa.
PKR tidak pernah membangunkan apa apa dalam negeri Sarawak dan dengan penglibatan mereka dalam menendang SNAP parti yang lahir di Sarawak bukti jelas bahawa jika mereka menang sekalipun anak anak Sarawak akan di Pinggirkan dan Sarawak akan di kuasai Anwar Ibrahim pemimpin dari semenanjung dan bukan di kuasai anak jati Sarawak.
Ini yang seharusnya di lihat oleh Rakyat Sarawak bahawa Barisan Nasional yang mengabungkan 4 parti utama dalam negeri Sarawak ini sungguh tepat dan relevan sama sekali. PBB,SNAP,PRS dan SPDP merupakan parti yang Lahir di negeri Sarawak dan di pimpin oleh Anak Jati Sarawak dan tidak ada kena mengena dengan orang dari Semenanjung.
Namun dalam pakatan Rakyat Sarawak? Hanya SNAP yang di asaskan dan di pimpin oleh Anak Sarawak manakala DAP , PAS dan PKR merupakan orang Luar yang cuba merampas negeri Sarawak.
Source : Papa Gomo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment