Monday, 9 May 2011

KERJASAMA TOK-TOK PAS DAN MUBALIGH KRISTIAN DALAM MEMESONGKAN AKIDAH RAMAJA ISLAM!!?



ADUN Subang Jaya, Yb Hannah Yeoh telah “memenuhi undangan” Nazir dan Imam Masjid Al Falah di USJ Taipan, menghadiri dan memberikan “Tazkirah” serta menyampaikan angpow dalam satu majlis Iftar Ramadhan minggu lalu.

Siapa sebenarnya Hannah Yeoh ini ? 

 Dia merupakan seorang Tokoh Muda kristian yang komited. Buktinya pada 4 Sep 10 @ jam 1830 – 2200, di Sunway Pyramid Convention Centre, SUNWAY, satu Program Motivasi Kristian telah diadakan.
 
Ia bertajuk “Change Your World – You make the Difference” anjuran Christian Creative & Music Ministry of Eagle Point Church bralamat No.2, Jln Rajawali 3, Puchong Jaya.
Hadir lebih kurang 1,400 org remaja brumur 16 – 25 tahun. Yang memberikan pengisian ceramah adalah “ustazah” Hannah Yeoh dan Edward Lee – Adun DAP Bkt Gasing.

Ternyata dalam menjalankan dakwah Kristianisasi, Hannah Yeoh lebih bijak dari Hassan Ali, Iman dan Nasir Masjid USJ Taipan. Tazkirahnya telah berjaya memecah belahkan umat Islam. Sampai bilalah, EXCO Pas, Iman Pas dan Nazir Pas ini terus ditipu dengan licik oleh Mubaligh Kristian ini !

Rakyat menunggu dengan penuh prihatin samada Hannah berjaya di Islamkan oleh Nik Aziz dan Hassan Ali atau Hannah akan mengkristiankan remaja Islam USJ Taipan ! Tahniah atas kedangkalan akal Nik Aziz, Hassan Ali dan kuncu-kuncunya.

source : rmf 

ps : ohoooiii pope ajiss oii... apa dah jadi neh,,,, 

Tuesday, 3 May 2011

HUKUM HUDUD DIPERMAINKAN PAS DEMI MERAIH UNDI



Sistem perundangan Islam mengikut acuan Pas dilihat tergantung tidak bertali, iaitu undang-undang ada tetapi tidak dilaksanakan.

Sesungguhnya Hudud itu cantik hukumnya dalam mendidik manusia menjaga nilai moral dan akhlaknya.
Jika Pas itu benar-benar ikhlas dalam melaksanakan hudud itu pastinya sudah lama isu masalah sosial dapat dibendung.

Tetapi ini tidak bagi Pas, pemimpin mereka terutama penasihat parti, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih berminat dalam politik berbanding melaksanakan agama Islam sebenar.
Bayangkan sejak Hudud diluluskan 1993 di Kelantan, sehingga kini tiada usaha pelaksanaan itu dilaksanakan biarpun sudah mendapat perkenan Sultan.

Ia jelas menunjukkan kegagalan Pas dalam bersungguh-sungguh melaksanakan undang-undang Allah itu.
Lebih menyedihkan Pas menggunakan isu orang bukan Islam belum faham hudud itu sebagai alasan untuk tidak mengendahkannya.

Namun sebenarnya penangguhan itu dibuat disebabkan kajian Penyelidik Pas Pusat, Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif yang meminta hudud itu ditangguhkan dan ia termasuk melaksanakan sistem hudud di negeri pembangkang yang baru seperti Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.
  
Wan Abdul Rahman berkata kajian Penyelidikan Merdeka Center yang dibuat sebelum pilihan raya umum 2008 mendapati di kalangan responden Melayu 53% bersetuju dengan versi Islam kerajaan pusat yang dilihat lebih 'progresif’ dan ‘moden'.

Katanya Sokongan responden bukan Islam juga agak tinggi iaitu 50% bagi responden Cina dan 45% responden India.

"Secara bandingannya, Islam versi Pas yang dilihat sebagai ‘ritualistic and scriptive’ mendapat sokongan agak rendah di kalangan responden: Melayu (19%), Cina (2%) dan India (1%)," katanya.
Justeru katanya cita-cita menubuhkan negara Islam mungkin perlu ditunda atau keep-in-view (KIV) buat sementara.

Atas sebab itu Pas mula menenggelamkan perjuangan hudud kerana mereka tahu, mereka akan terus di buang pengundi jika meneruskannya.

Apapun alasan, Pas di bawah penasihat Nik Aziz secara terang sanggup meninggalkan perjuangan partinya untuk memastikan parti mendapat tempat di hati rakyat.

Jadi Pas tidak sewajarnya mengatakan parti lain menolak Islam sedangkan Pas sendiri sanggup meninggalkan perjuangan asas partinya iaitu melupakan hudud demi dapatkan undi. 



p/s : ohoooii.. memang kaki kencing pas,,, sanggup menipu rakyat demi mendapat kuasa,, hina sehinanya manusia ini... adakah orang seperti layak di gelar sebagai pemimpin,,,, memperbodohklan rakyat demi mendapat kuasa,,, Ayuh sahabat-sahabat sekalian,, jum ramai2 tinggal pas,, sertai UMNO demi memartabakkan agama bangsa dan negara,, jangan terus membiarkan pas bermaharajalela,,,, jangan sampai kita menangis di kemudia hari sahabat2 sekalian,,,,