Sistem perundangan Islam mengikut acuan Pas dilihat tergantung tidak bertali, iaitu undang-undang ada tetapi tidak dilaksanakan.
Sesungguhnya Hudud itu cantik hukumnya dalam mendidik manusia menjaga nilai moral dan akhlaknya.
Jika Pas itu benar-benar ikhlas dalam melaksanakan hudud itu pastinya sudah lama isu masalah sosial dapat dibendung.
Tetapi ini tidak bagi Pas, pemimpin mereka terutama penasihat parti, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih berminat dalam politik berbanding melaksanakan agama Islam sebenar.
Bayangkan sejak Hudud diluluskan 1993 di Kelantan, sehingga kini tiada usaha pelaksanaan itu dilaksanakan biarpun sudah mendapat perkenan Sultan.
Ia jelas menunjukkan kegagalan Pas dalam bersungguh-sungguh melaksanakan undang-undang Allah itu.
Lebih menyedihkan Pas menggunakan isu orang bukan Islam belum faham hudud itu sebagai alasan untuk tidak mengendahkannya.
Namun sebenarnya penangguhan itu dibuat disebabkan kajian Penyelidik Pas Pusat, Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif yang meminta hudud itu ditangguhkan dan ia termasuk melaksanakan sistem hudud di negeri pembangkang yang baru seperti Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.
Wan Abdul Rahman berkata kajian Penyelidikan Merdeka Center yang dibuat sebelum pilihan raya umum 2008 mendapati di kalangan responden Melayu 53% bersetuju dengan versi Islam kerajaan pusat yang dilihat lebih 'progresif’ dan ‘moden'.
Katanya Sokongan responden bukan Islam juga agak tinggi iaitu 50% bagi responden Cina dan 45% responden India.
"Secara bandingannya, Islam versi Pas yang dilihat sebagai ‘ritualistic and scriptive’ mendapat sokongan agak rendah di kalangan responden: Melayu (19%), Cina (2%) dan India (1%)," katanya.
Justeru katanya cita-cita menubuhkan negara Islam mungkin perlu ditunda atau keep-in-view (KIV) buat sementara.
Atas sebab itu Pas mula menenggelamkan perjuangan hudud kerana mereka tahu, mereka akan terus di buang pengundi jika meneruskannya.
Apapun alasan, Pas di bawah penasihat Nik Aziz secara terang sanggup meninggalkan perjuangan partinya untuk memastikan parti mendapat tempat di hati rakyat.
Jadi Pas tidak sewajarnya mengatakan parti lain menolak Islam sedangkan Pas sendiri sanggup meninggalkan perjuangan asas partinya iaitu melupakan hudud demi dapatkan undi.
p/s : ohoooii.. memang kaki kencing pas,,, sanggup menipu rakyat demi mendapat kuasa,, hina sehinanya manusia ini... adakah orang seperti layak di gelar sebagai pemimpin,,,, memperbodohklan rakyat demi mendapat kuasa,,, Ayuh sahabat-sahabat sekalian,, jum ramai2 tinggal pas,, sertai UMNO demi memartabakkan agama bangsa dan negara,, jangan terus membiarkan pas bermaharajalela,,,, jangan sampai kita menangis di kemudia hari sahabat2 sekalian,,,,


Bodoh btul kamu kate seorang ulama' dengan perkataan itu... seandainya kamu ingt akhirt, ingt dose pahala, bertaubatlah.. Islam agama yang indh. kuasa utk melaksanakn undg2 hudud bukanlah mudah. malah kalau kerajaan kelantan melaksanakan hukuman hudud ini. bleh dicabar lag. sedangkan MCA boleh mencabar keputusan kerajaan Kelantan mengharamkan judi. ini kan pulak hukum Hudud. ingatlah wahai manusia. jgn terlalu memilih dunia sehinnga lupa kepada kejadiaan asal manusia utk memakmurkan bumi Allah ini.
ReplyDelete