Soalan pertama, apa keperluan yang penting sangat untuk diadakan pilihanraya masjid? Sebab, kalau dipandang dari mana sudut sekalipun, tidak nampak ada keperluan. Soalan kedua, siapa DAP untuk menentukan apa yang baik dan tidak baik untuk institusi orang Islam, dalam hal Pulau Pinang berada dibawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agung?
Perlembagaan Malaysia terang-terang menyatakan hal ehwal negara Islam bagi negeri-negeri beraja terletak dibawah kuasa rajanya, manakala bagi negeri yang tidak beraja berada dibawah DYMM Seri Paduka.
Penulis dan ramai pihak yang lain melihat usaha mengadakan pilihanraya masjid di Pulau Pinang ini tidak lain dan tidak bukan untuk mengubah institusi Masjid yang dihormati ini menjadi institusi memecah belahkan orang Islam seterusnya menukar masjid menjadi seperti parti PAS.
Bila dah diadakan pilihanraya, ada besar kemungkinan orang yang tidak layak dipilih untuk menguruskan masjid, sebab individu tersebut berjaya menang dalam pilihanraya masjid yang diadakan. Tidak mustahil besok, kaki kelab malam pun boleh jadi imam masjid, bukan atas kelayakannya tapi sebab dia menang pilihanraya masjid!!!
Keadaan sama yang berlaku sekarang dalam PAS sekarang bila parti yang bertujuan untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan hudud di Malaysia ini, sudah berubah arah sebab kepimpinan yang tidak pro ulamak sedang menguasai parti melalui proses pemilihan yang diadakan baru-baru ini.
Dan konsep sama nak diaplikasikan di masjid pulak. Sebab itu kita kata usaha mengadakan pilihanraya masjid ni untuk ubah masjid jadi macam PAS.
Kenapa DAP tidak mengadakan pilihanraya di tokong, kuil dan gereja, kenapa mesti masjid? Itu yang mendatangkan tanda tanya, sudahlah orang Islam berpecah dek fahaman politik ketaksuban, sekarang nak dipecahkan lagi orang Islam di masjid pulak?
Masjid tidak boleh diuruskan oleh orang yang tidak berkelayakkan dari segi agama seperti mana PAS sekarang, nama saja parti Islam tapi kepimpinan tertinggi terdiri antaranya terdiri daripada orang bodoh (Mahfuz) dan yang tidak bermoral (Mat Sabu).
Jawatan Imam, sebagai contoh, tidak boleh terdiri daripada orang yang tidak layak, begitu juga dengan jawatan-jawatan yang lain. Cara sekarang sudah cukup bagus kerana kelayakan dan kebolehan menjadi kriteria utama, bukan sebab menang pilihanraya.
Pulau memulau yang berlaku dalam politik kepartian, tidak boleh berlaku di masjid. Jangan sebabkan pilihanraya, masjid jadi sepi sebab tidak dikunjungi orang akibat perbalahan siapa yang patut menang dan tidak.
Ini masalah yang DAP faham tapi buat-buat tak faham. Agenda halus dipergunakan atas nama pembaharuan untuk memecahbelahkan orang Islam dan menguatkan parti mereka dan orang cina. Sama kes macam penggunaan DNA babi pada pelbagai barangan makanan yang dijual kepada orang Islam sekaranglah.
Pendek kata, tidak boleh secara terang, depa buat secara halus dan tujuan mengadakan pilihanraya masjid ini semata-mata untuk memecah belahkan orang Islam di Pulau Pinang yang sedang sikit demi sedikit bersatu dibawah UMNO.
No comments:
Post a Comment